Pakej 30 Hari

* 3 pek Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syria GOLD (60 biji)
* 3 pek Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria (60 biji)

Pakej 40 Hari

* 4 pek Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syria GOLD (80 biji)
* 4 pek Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria (80 biji)

Pakej Keluarga

* 1 Kotak - Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syria GOLD (240 biji)
* 1 Kotak - Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria (240 biji)

Olive Lotion

Olive Lotion adalah gabungan di antara minyak zaitun asli dan juga ektrak wangian semulajadi.

Promosi Pakej Keluarga (10 - 17 Disember 2012)

* 1 Kotak - Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syria GOLD (240 biji)
* 1 Kotak - Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria (240 biji)
* 1 Botol Olive Lotion dengan harga istimewa

Habbatus Sauda

Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Minyak Zaitun

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi dan Ibnu Majah).

Selamat datang ke Sunnah Shoppe4u.

Sunnah Shoppe4u adalah jenama kepada syarikat Souqspecial Enterprise yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dengan nombor pendaftaran KC0011187-K.

Kami menjual produk-produk yang berasaskan sunnah.

Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun".

Sama-sama kita ketahui kehebatan pemakanan sunnah serta amalkannya.
Showing posts with label minyak zaitun. Show all posts
Showing posts with label minyak zaitun. Show all posts

Wednesday, April 24, 2013

Sakit Jantung


Assalamualaikum semua...

Kali ini saya nak ubah cara tulis blog ni....nak buat santai-santai supaya boleh ada diskusi dengan pembaca-pembaca budiman sekalian insyaa Allah :)

Jantung merupakan enjin kepada badan kita, kalau sakit jantung, maka sakit jugaklah badan kita, betul tak?  Macam kereta....kalau enjin kereta bermasalah, maka ini akan menjejaskan juga prestasi kereta itu.

Jantung diperlukan untuk mengepam darah ke seluruh tubuh manusia sehigga tubuh mendapatkan oksigen dan sari makanan yang diperlukan untuk metabolisme tubuh.  Oleh itu, jantung perlu dijaga supaya dapat menjalankan fungsinya dengan baik.

Tahukah anda bahawa Penyakit Jantung adalah antara pembunuh utama di Malaysia?

Antara punca penyakit jantung ialah obesiti, tekanan darah tinggi dan diabetes.  Majoritinya, ini membabitkan golongan muda dari seawal usia 24 tahun.  64% pesakit jantung di Malaysia adalah pada lingkungan usia 65 tahun ke bawah dan hanya enam peratus yang berusia 65 tahun ke atas.


Minyak zaitun pernah disebut dalam hadith Rasulullah s.a.w. lebih daripada 1400 tahun yang lalu:

"Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati."
(HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah)


Banyak kajian telah dibuat ke atas minyak zaitun dan terbukti kehebatannya.  Salah satu komponen yang terkandung dalam minyak zaitun adalah Vitamin E, di mana ianya dapat merendahkan kolestrol jahat - Low Density Lipoprotein (LDL), tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari.  

Sayangilah diri kita, keluarga dan rakan taulan.  Ubahlah cara makan kita yang kurang sihat kepada yang lebih sihat.

Sekian dulu setakat ni....lain kali kita sambung lain pulak.

wassalamualaikum




http://personafikasisosial.blogspot.com/
http://www.sinarharian.com.my/rencana/sakit-jantung-pembunuh-nombor-1-1.88273
http://www.theborneopost.com/2012/09/19/penyakit-jantung-di-malaysia-semakin-membimbangkan/
http://www.minsyam.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=7&Itemid=14&lang=bm
http://sunnahshoppe4u.blogspot.com/p/minyak-zaitun.html

Wednesday, April 17, 2013

Minyak Perahan Sejuk - Mengapa ianya Terbaik

Minyak yang melalui proses perahan sejuk adalah terbaik kerana:


  • Mengekalkan kandungan asli
Cara traditional untuk mengeluarkan minyak tumbuhan adalah dengan menggunakan mesin.  Tiada haba tambahan atau pelarut kimia digunakan, jadi, minyak yang terhasil mengekalkan struktur kimianya yang asli.  Minyak-minyak ini adalah dilabel sebagai "perahan sejuk".

  • Tinggi anti-oksidan
Minyak yang melalui proses "Perahan Sejuk" adalah tinggi kandungan anti-oksidannya yang mengekalkan kesegaran minyak itu dan memberi perlindungan kepada kita daripada kerosakan radikal bebas.

  • Bertindak balas dengan haba, cahaya dan udara
Minyak sayuran tidak stabil.  Ia akan bertindak balas dengan haba, cahaya, udara dan bahan kimia yang ia bersentuhan dengan.  Bila ini berlaku, anti-oksidan yang terkandung di dalamnya akan hilang, meninggalkan radikal bebas di tempatnya.  Kita akan dapat minyak yang penuh dengan bahan kimia beracun dan ini berlaku tanpa menjejaskan bau atau rasa minyak itu.
 
  • Perlu pengendalian yang cermat
Jadi, adalah sangat penting untuk menjaga minyak "Perahan Sejuk" dengan betul.  Ianya perlu disimpan dalam bekas yang kedap udara, jauh daripada cahaya dan jauh daripada haba.

  • Tidak bagus untuk dimasak
Sebab itulah minyak jenis ini tidak sesuai untuk dimasak.  Minyak yang melalui perahan sejuk, terutamanya minya zaitun, adalah sesuai diletakkan dalam salad dan sangat bagus pada kulit.  Ia menjadi tidak bagus bila dipanaskan.  Masaklah dengan minyak lain.

  • Lebih banyak proses, lagi rendah kualiti
Lebih banyak minyak dapat dihasilkan jika haba dan bahan kimia digunakan.  Jadi, kebanyakan minyak sayuran tidak dihasilkan menggunakan mesin secara tradisional.  Ianya dihasilkan dengan pelarut kimia.  Kemudian ianya dididihkan untuk mengeluarkan pelarut-pelarut itu, kemudian 'deodorized' dan 'bleached'.  Hasil yang terakhir adalah sangat berbeza daripada sumber aslinya.  Anti-oksidan yang ada telah digantikan dengan radikal bebas, dan trans-fat akan terhasil di dalamnya.

Minyak-minyak ini mungkin berbau manis dan berasa sedap, tetapi sangat jauh beza daripada minyak yang dihasilkan melalui perahan sejuk, dan tidak sesuai untuk badan kita.

http://www.gaelleorganic.com/cold-pressed-oil

Thursday, January 24, 2013

Sakit Sendi dan Minyak Zaitun

    

Ramai di kalangan ibu bapa atau mungkin datok dan nenek kita mengalami sakit sendi.  Kadang-kadang, sakit sendi sehingga tak boleh nak bergerak anggota badan langsung sebab sakit sendi.  Rupa-rupanya, minyak zaitun mengandungi oleocanthal yang bertindak sebagai anti-inflammatory (anti bengkak).

Pengamalan pemakanan minyak zaitun dapat membantu mereka yang mengalami sakit sendi.  Ia juga boleh disapu pada bahagian-bahagian badan yang terasa sakit.



http://www.oliveoilsource.com/page/arthritis

Thursday, January 3, 2013

Minyak Zaitun dan Penjagaan Kulit

Sejak zaman dahulu lagi minyak zaitun digunakan untuk melembabkan kulit dan mengubati kulit yang rosak.

Semakin meningkat umur kita, kulit kita akan semakin rosak di mana lapisan dalam dan luar kulit (dermis dan epidermis) akan menjadi nipis.



Regangan dan kenduran pada kulit akan menyebabkan kulit kehilangan kekenyalannya dan ini menyebabkan kulit kelihatan berkedut.  Faktor luar seperti pancaran matahari boleh mempercepatkan proses penuaan dengan menghasilkan apa yang dipanggil 'free radicals'. Untuk mengurangkan risiko ini, ada caranya...iaitu dengan menggunakan 'inhibitors'.  Ada banyak 'inhibitors' di pasaran yang boleh membantu dalam hal ini.  Tetapi, jika anda memilih bahan yang asli, minyak zaitun lah jawapannya.  Jangan kita lupa, penggunaan minyak zaitun ini adalah berdasarkan hadith Nabi:

"Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati."
(HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah)

Minyak zaitun mengandungi vitamin A, D, K dan juga E, di mana ianya punca utama protein yang diperlukan untuk melawan 'free radicals'.  Ini menyebabkan minyak zaitun sangat berguna untuk melawan penyakit kulit seperti jerawat, psoriasis dan seborrheic ekzema.

http://www.oliveoiltimes.com/olive-oil

Sunday, December 16, 2012

5 Rahsia Kecantikan Menggunakan Minyak Zaitun


Sebagaimana yang kita ketahui, minyak zaitun mempunyai pelbagai kebaikan sama ada untuk kesihatan dalaman mahupun untuk luaran.  Di sini saya nak kongsi beberapa tips kecantikan menggunakan minyak zaitun:

1. Untuk mendapatkan rambut yang lembut dan ikal. Sapu pada rambut setiap malam sebelum tidur.

2. Ubati kulit tangan dan kaki yang kering.  Sapu minyak zaitun pada kaki yang kering dan merekah sebelum tidur.  Untuk kuku yang sihat, rendam kuku dalam minyak zaitun.  Pada kuku yang kesan kekuningan, campur jus lemon pada minyak zaitun dan sapu pada kuku.

3. Mencuci make-up.  Titiskan beberapa titik minyak zaitun pada tangan dan sapukan pada muka untuk dissolvekan make-up, kemudian sapu dengan facial cotton. Lapisan nipis minyak pada muka (mengandungi banyak Vitamin E dan antioksidan) akan melembabkan dan merawat kulit.  Pada waku pagi, sapu sedikit minyak zaitun di bawah bahagian mata yang bengkak, ianya akan hilang sebab minyak zaitun bersifat anti-inflammatory.

4. Melembabkan bibir yang kering.  Sapu minyak zaitun pada bibir, in syaa Allah akan lembab.

5. Membuat mask.  Campurkan minyak zaitun dengan beberapa titis jus lemon, sapu pada muka.  Biarkan untuk beberapa minit, kemudian cucikan dengan air.

wallahua'lam
selamat mencuba :)

http://news.health.com/2012/11/07/5-beauty-secrets-using-olive-oil/
http://www.jpost.com/Health/Article.aspx?id=248514

Thursday, December 6, 2012

Minyak Zaitun untuk Kecantikan


"Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati."

(HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah)


Mengapa Cleopatra terkenal dengan kecantikannya? Minyak zaitun digunakan pada zaman itu untuk tujuan kecantikan.  Ini adalah kerana minyak zaitun: 

  • penuh dengan polyphenols anti penuaan
  • melambatkan kedut pada kulit
  • melembutkan kulit yang kasar
  • mengurangkan kecederaan kulit akibat matahari
  • memberi perlindungan secara semulajadi dari kanser kulit
  • mudah menyerap


Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) dan juga luaran (kecantikan).  

Antara tips kecantikan : - 

1. Untuk bibir yang cepat kering dan merekah - sapu di bibir sebelum tidur

2. Tangan dan kuku - sapu minyak zaitun pada tangan, tangan dan kuku akan menjadi lebih cantik

3. Melembutkan kulit - sapu di bahagian kulit untuk melembutkannya.

4. Perawatan rambut - sapu pada rambut, rambut akan menjadi lembut

5. Masker wajah - sapu pada muka, biar untuk seminit kemudian bilas dengan air suam



http://www.gaelleorganic.com/beauty-benefits-of-olive-oil
http://cmakittycute.blogspot.com/2011/07/tips-kecantikan-minyak-zaitun-tuk-bibir.html

Monday, November 12, 2012

Khasiat Dan Keistimewaan Minyak Zaitun


"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2).

Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin.


Apa keistimewaan pohon zaitun sehingga dipuji sedemikian di dalam al-quran dan hadith? Minyak Zaitun ini selain rasanya yang lazat dan digunakan oleh manusia selama ribuan tahun, pohon-pohonnya indah dan berumur panjang.Akar-akar pohon zaitun kuat mencengkam ke bumi sehingga nampak seperti berdiri kukuh perkasa. Ini menimbulkan rasa hormat dalam tamadun-tamadun yang menanamnya. Pohon Zaitun menyimpan pelbagai misteri kesihatan yang luar biasa.



Pakar bedah yang menjalankan pembedahan pemindahan jantung yang pertama di dunia, Dr. Christian Barnard menyarankan supaya semua orang belajar bagaimana orang Yunani Crete di kawasan Mediterranean menjaga kesihatan jantung mereka. Menurut Barnard, komuniti ini adalah yang jarang sekali menghidap serangan sakit jantung. Antara alasan yang membuatkan masyarakat Crete ini jarang terkena serangan sakit jantung adalah amalan mereka mengambil minyak zaitun. Minyak yang mengandungi kandungan lemak yang bermutu tinggi.
Andrew Weil,  juga mengaku minyak zaitun adalah minyak yang terbaik daripada semua lemak yang dapat dimakan. Tubuh badan manusia lebih mudah menerima asid lemak yang terkandung di dalam minyak zaitun iaitu asid oleat. Minyak zaitun mengandungi lemak mono tidak tepu. Lemak ini tidak mempengaruhi peningkatan kadar kolesterol dalam darah, kaya dengan vitamin E dan bersifat anti-oksidan. Minyak zaitun juga mengandungi polyphenols yang bersifat anti inflamasi.
Makanan-makanan yang mengandungi anti-oksidan adalah makanan kelas satu dalam dunia kesihatan masa kini. Minyak zaitun mampu melawan radikal bebas dan mencegah banyak penyakit-penyakit degeneratif seperti tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung dan strok, melambatkan proses penuaan, melawan kanser dan alergi.

melayukini.net