Pakej 30 Hari

* 3 pek Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syria GOLD (60 biji)
* 3 pek Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria (60 biji)

Pakej 40 Hari

* 4 pek Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syria GOLD (80 biji)
* 4 pek Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria (80 biji)

Pakej Keluarga

* 1 Kotak - Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syria GOLD (240 biji)
* 1 Kotak - Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria (240 biji)

Olive Lotion

Olive Lotion adalah gabungan di antara minyak zaitun asli dan juga ektrak wangian semulajadi.

Promosi Pakej Keluarga (10 - 17 Disember 2012)

* 1 Kotak - Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syria GOLD (240 biji)
* 1 Kotak - Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria (240 biji)
* 1 Botol Olive Lotion dengan harga istimewa

Habbatus Sauda

Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Minyak Zaitun

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi dan Ibnu Majah).

Selamat datang ke Sunnah Shoppe4u.

Sunnah Shoppe4u adalah jenama kepada syarikat Souqspecial Enterprise yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dengan nombor pendaftaran KC0011187-K.

Kami menjual produk-produk yang berasaskan sunnah.

Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun".

Sama-sama kita ketahui kehebatan pemakanan sunnah serta amalkannya.

Friday, November 30, 2012

Mengapa Was-was Tentang Pemakanan Sunnah?


Mengapa ramai di antara umat Islam masih ragu-ragu tentang makanan yang berasaskan sunnah?

Nabi s.a.w. telah sebut tentang pelbagai makanan yang baik untuk kesihatan kita lebih daripada 1430 tahun dahulu.  Kalau orang dulu-dulu tak percaya, kita boleh terima sebab kajian saintifik dan 'knowledge sharing' tak begitu hebat.  Tetapi, sekarang?  Bukankah telah banyak kajian dilakukan terhadap kurma, buah tin, madu, delima, habbatus sauda, minyak zaitun dan banyak lagi?

Dalam zaman yang serba canggih dan segalanya nak cepat ini, kita patut lebih mengetahui kehebatan pemakanan sunnah dan mengamalkannya.  Ramai di kalangan kita yang menghidap penyakit-penyakit seperti:

  • sakit jantung
  • kencing manis
  • darah tinggi
  • kolestrol tinggi
  • kanser
  • sakit sendi
dan macam-macam lagi.  Semuanya disebabkan oleh kita sendiri, yang tidak mengamalkan pemakanan sunnah.  Nabi s.a.w. ajar kita dari A hingga Z bagaimana makan dan minum cara sunnah agar kita lebih sihat dan bertenaga menjalankan kehidupan kita sebagai khalifah Allah.

Sama-sama kita kongsi dan hebahkan tentang kehebatan pemakanan sunnah, moga kita peroleh pahala kerana mengikut sunnah dan juga mengajak orang lain mengamalkannya.

Cara Makan dan Keberkatannya



Keberkatan mulai makan dan minum dengan (Bismillah)

Kita seharusnya memulai makan makanan dengan menyebut nama Allah (Bismillah).
Ulama’-ulama’ hadis tiada perbezaan dalam menyebut Bismillah ketika makan. Tetapi yang berbeza pendapat disini adalah Bismillahirahmanirrahim. Mengikut hadis-hadis yang soheh, kita hendaklah mengucapkan bismillah sahaja tanpa tambahan Arrahmanirrahim. Semoga pembaca dapat memahami persoalan ini. Kita ikuti hadis-hadis di bawah.

Diriwayatkan dari Umar bin Abi Salamah r.a bahawa ia berkata, Rasulullah saw bersabda kepadaku:

“Sebutlah nama Allah(Bismillah)! Makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah dari yang dekat denganmu”.
H/R Muslim dan Ibnu Majah

Diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa ia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Apabila seseorang masuk ke rumahnya lalu berzikir kepada Allah ketika masuk dan ketika makan, maka syaitan berkata kepada kawan-kawannya: “Tidak ada tempat menginap dan makan malam untuk kamu”. Adapun apabila seseorang yang masuk ke rumahnya dan tidak berzikir kepada Allah, maka syaitan berkata kepada kawannya: “Kamu memperolehi tempat menginap”. Dan ketika seseorang makan, sedang ia tidak berzikir kepada Allah, maka syaitan berkata pada kawannya: “Kamu memperolehi tempat menginap dan makan malam”.
H/R Muslim

Diriwayatkan dari Huzaifah bahawa ia berkata:

“Dulu bila kami menghadiri jamuan makan, tangan kami tidak berani menyentuhnya sebelum Rasulullah saw meletakkan tangannya terlebih dahulu. Satu saat, kami mendatangi jamuan makan lalu datanglah seorang wanita tergesa-gesa, seakan-akan ada sesuatu yang mendorongnya. Ia langsung menyentuhkan tangannya ke makanan itu, tetapi Rasulullah saw menahan tangannya. Lalu datang pula seorang badui terburu-buru, sepertinya ada sesuatu yang mendorongnya. Ia langsung menyentuh ke makanan itu, tetapi Rasulullah menahan tangannya. Lalu beliau bersabda:
“Sesungguhnya syaitan itu merebut makanan yang tidak disebut nama Allah(Bismillah) padanya. Sesungguhnya syaitan menyertai orang badui itu untuk merebut makanan, maka aku pegang tangannya. Kemudian ia datang bersama wanita ini untuk merebut makanan, maka aku tahan tangannya. Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggamanNya, sunguh syaitan itu aku pegang bersama-sama dengan kedua tangan orang ini”.
H/R Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Nasa’i

Apabila seseorang itu terlupa menyebut nama Allah apabila ingin makan, akan tetapi dia teringat apabila sudah makan, maka disunnahkan menyebut doa di bawah ini berdasarkan sebuah hadis yang berikut ini.

“Rasulullah saw bersabda:

“Siapa sahaja yang lupa menyebut nama Allah Azza Wa Jalla sebelum makan, maka hendaklah ia mengucapkan:

“Bismillahi awwalahu wa akhirahu”
(Dengan menyebut nama Allah di awal dan di akhirnya)

Kerana sesungguhnya ia seperti orang yang menghadapi makanan baru atau keburukan yang menimpa makanan itu akan tercegah”
H/R Ibnu Hibban, Ibnu Sunni dan Thabrani

Perlu diingatkan kepada semua kaum muslimin bahawa makanan Iblis adalah makanan manusia yang makan tidak menyebut nama Allah (Bismillah). Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersabda:

“Iblis bertanya kepada Allah: “Setiap makhlukMu telah engkau jelaskan rezekinya, lantas di manakah rezekiku?” Dia (Allah) berfirman: “Pada makanan yang tidak disebut namaKu apabila memakannya”.
Lihat Silsilah Al-Hadis As Sohehah hadis no 708



Di antara petunjuk Nabi saw ialah memuji Allah ketika ingin makan dan minum dan selepasnya.

Diriwayatkan dari Anas r.a bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya Allah bernar-benar redha kepada seorang hamba yang memakan suatu makanan atau meminum suatu minuman, setelah itu memujiNya”.
H/R Ahmad dan Ibnu Sunni

Disunnahkan kita menyebut nama Allah (Bismillah) sekiranya kita tidak tahu sesuatu makanan atau sembelihan yang tidak disebut nama Allah (Bismillah) di dalamnya. Ini berdasarkan riwayat dari ‘Aisyah yang menyebutkan:

“Suatu kaum pernah berkata kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah, ada suatu kaum membawakan kepada kami masakan daging. Kami tidak tahu apakah mereka menyebut nama Allah (Bismillah) atau tidak (ketika menyembelihnya). Rasulullah saw bersabda: “Sebutlah nama Allah (Bismillah), lalu makanlah”.
H/R Bukhari, Ibnu Majah dan Nasa’i

Setelah selesai dari makan dan minum, disunnahkan membaca doa yang akan disebutkan pada hadis di bawah.

Diriwayatkan dari Mu’adz bin Anas bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa memakan satu makanan, lalu berdoa:

“Alhamdulillahillazi At ‘amani hazatto ‘ama warazaqanihi min ngaiharihaulim minna wala quwwat”
(Segala puji bagi Allah yang menganugerahkan kepadaku makanan ini dan telah menjadikan segahagian rezekiku, tanpa daya dan kekuatan dari diriku sendiri)

Niscaya diampuni dosanya yang telah lalu”
H/R Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi





Keberkatan makan beramai-ramai (Berjama’ah)

Ramai yang tidak mengetahui bahawa makan beramai-ramai (bersama-sama) adalah satu cara atau amalan yang mendapat keberkatan dari Allah swt. Apabila keluarga itu hanya dua orang (suami dan isteri) maka makanlah bersama setiap kali ingin makan. Jika tiga orang makanlah bersama. Sekiranya sepuluh orang sekali pun hendaklah makan bersama-sama kerana ia akan mendapat keberkatan dari Allah swt. Mari kita lihat dalil-dalilnya.

Diriwayatkan dari Wahsyi bin Harb dari bapanya dari atuknya bahawa ia berkata:

“Para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami kalau makan tidak merasa kenyang. Beliau bersabda: “Barangkali kamu makan sendiri-sendiri”. Mereka menjawab: “Benar wahai Rasulullah”. Beliau bersabda: “Berkumpullah ketika makan dan sebutlah nama Allah Ta’ala (Bismillah)! Niscaya Dia akan memberkati makanan kamu”.
H/R Ahmad, Abu Daud, Baihaqi, Ibnu Majah dan Hakim

Dari Umar bin Khattab r.a bahawa ia berkata: “Rasulullah saw bersabda:

“Makanlah dengan berkumpul dan jangan sendiri-sendiri! Makanan satu orang cukup untuk dua orang,makanan dua orang cukup untuk tiga atau empat orang. Makanlah dengan berkumpul dan jangan sendiri sendiri! Kerana berkat itu ada dalam Jama’ah.
Lihat Soheh Al Jame’ hadis no 1687

Rasulullah saw bersabda:

“Makanan yang paling disukai Allah adalah makanan yang dijamah banyak tangan”.
H/R Abu Ya’la, Ibnu Hibban, Baihaqi dan Adh Dhiya

Hadis hadis di atas juga mengisyaratkan bahawa apabila perasaan untuk menghiburkan perasaan orang lain itu hadir, maka akan muncullah keberkatan yang menyeluruh kepada orang-orang yang hadir. Juga sebaiknya, seseorang janganlah meremehkan makanan miliknya, sehingga merasa berat untuk memberikannya. Sesungguhnya yang sedikit kadang-kadang memberikan kecukupan iaitu boleh menutup hajat dan meluruskan niat, bukan merasa kenyang sendirian.
Lihat: Fathul Bari. Ibn Hajar Al Asqalani






Keberkatan memulai makan makanan yang berdekatan

Kita disunnahkan makan makanan yang berdekatan terlebih dahulu. Contohnya apabila ingin memakan makanan yang berada di dalam pinggan, hendaklah memakan di bahagian depan terlebih dahulu supaya mendapat keberkatan oleh Allah swt.

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan dari Nabi saw bahawa beliau bersabda:

“Berkat itu turun di tengah-tengah makanan, Maka, makanlah mulai tepi dan jangan mulai makan dari tengah”
H/R Ahmad, Ibnu Majah, Tirmizi dan Abu Daud

Diriwayatkan dari Umar bin Abi Salamah r.a bahawa ia berkata, Rasulullah saw bersabda kepadaku:

“Sebutlah nama Allah(Bismillah)! Makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah dari yang dekat denganmu”.
H/R Muslim dan Ibnu Majah

Diriwayatkan dari Abdullah bin Busr bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersabda:

“Makanlah mulai dari tepi-tepinya dan biarkanlah dahulu tengahnya! Niscaya akan diberkati”.
H/R Abu Daud dan Baihaqi





Keberkatan jangan makan terlampau banyak seperti orang kafir

Janganlah kita menyerupai orang kafir dalam cara memakan makanan. Kerana nafsu orang kafir melampau batas kerana didorongi oleh nafsu semata. Kita lihat hadis di bawah.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a ia berkata Rasulullah saw bersabda:

“Orang muslim itu makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir dengan tujuh perut”.
H/R Malik, Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan selainnya

Dalam riwayat Bukhari disebutkan dengan lafal:

“Ada seorang lelaki kafir yang makannya banyak sekali, lalu ia pun masuk Islam. Setelah itu, makannya menjadi sikit. Hal itu diberitahukan kepada Rasulullah saw. Maka beliau bersabda: ““Sesungguhnya orang muslim itu makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir dengan tujuh perut”.
H/R Bukhari
Keberkatan menjilat (mengulum)
jari jemari tangan (kanan) setelah selesai makan

Ramai yang meremehkan dan mencerca orang yang menjilat (mengulum) jari tangan selepas makan. Ini adalah sunnah yang besar dari Rasulullah saw. Ia membuatkan seseorang mendapat berkat dari perbuatan tersebut. Ini berdasarkan hadis-hadis Rasulullah saw. di bawah.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Apabila salah seorang dari kamu selesai makan, hendaklah ia menjilati (mengulum) jari jemarinya! Sesungguhnya seseorang tidak tahu bahagian mana makanan itu mengandungi keberkatan.
H/R Ahmad dan Tirmizi

Dari Ibnu ‘Abbas bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersabda:

“Apabila salah seorang dari kamu makan, janganlah ia mengusap telapak tangannya dengan sapu tangan sebelum dirinya atau orang lain menjilati sisa makanan yang melekat”.
H/R Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Baihaqi

Abu Zubair berkata: “Aku mendengar Jabir bin Abdullah mengatakan: “Aku mendengar Nabi saw bersabda:

“Janganlah seseorang mengangkat pinggannya (sesudah makan), sebelum ia menjilati atau menjlatkan kepada orang lain sisa-sisa yang masih melekat pada piring tersebut! Sebab, pada akhir makanan itu ada berkatnya”.
Lihat Silsilah Al-Hadis As Sohehah hadis no 311






Keberkatan mengutip semula makanan yang jatuh, dibersihkan dan dimakan semula

Disunnahkan apabila makanan yang jatuh dan diyakini makanan tersebut boleh dibersihkan dan tidak terlalu kotor, dikutip lalu dibersihkan dan dimakan semula. Ini kerana kita tidak tahu kemungkinan makanan yang jatuh itulah yang mendapat keberkatan dari Allah swt. Dan makanan yang terjatuh jika tidak dikutip semula adalah makanan syaitan. Jangan meremehkan walaupun kita mampu membeli makanan yang lain tetapi yang lebih baik ialah makanan yang diberkati Allah dari makanan yang baru tidak diberkati Allah.

Dari Anas r.a bahawa ia berkata:

“Dahulu apabila Rasulullah saw selesai makan, beliau menjilati ketiga jarinya seraya bersabda: “Apabila suapan salah seorang dari kalian terjatuh, hendaklah ia membersihkannya dan memakannya. Jangan biarkan makanan itu di makan syaitan! Juga, hendaknya kalian membersihkan sisa makanan yang berada di pinggan. Sebab, kamu tidak tahu pada bahagian mana dari makanan kamu yang mengandungi keberkatan”.
H/R Ahmad dan Muslim





Keberkatan jangan memakan makanan yang sangat panas

Kita seharusnya apabila ingin memakan makanan yang baru lepas dimasak, hendaklah dibiarkan terlebih dahulu asap panasnya keluar dan biarkan ia sejuk sedikit. Ini kerana keberkatan tidak diperolehi pada makanan yang panas. Keberkatan yang banyak diperolehi ketika makanan telah hilang asap panasnya dan tidak berapa panas (suam)
Kita teliti hadis-hadis yang berkaitan.

Diriwayatkan oleh Asma’ binti Abu Bakar r.a bahawa:

“Apabila dirinya membuat tsarid (bubur daging), ia menutupinya dengan sesuatu sehingga hilanglah asap panasnya. Ia menuturkan, “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Hal itu merupakan berkat yang paling besar, iaitu makan yang hilang rasa panasnya”.
H/R Ad Darimi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Abi Dunya dan Baihaqi

Rasulullah saw bersabda:

“Janganlah makan makanan, kecuali hingga hilang asap panasnya”.
H/R Baihaqi





Keberkatan jangan Mencela Makanan Dan Sunnahnya Memuji Makanan

Dari Abu Hurairah r.a., katanya:

"Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah mencela samasekali pada sesuatu makanan. Jikalau beliau s.a.w. ingin pada makanan itu beliaupun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan - tanpa mengucapkan celaan padanya."
(Muttafaq 'alaih)

Dari Jabir r.a.:

Bahwasanya Nabi s.a.w. meminta lauk pauk kepada keluarganya,
lalu mereka berkata: "Tidak ada yang kita punyai melainkan cuka. Beliau s.a.w. lalu
memtntanya dan mulailah beliau makan serta bersabda: "Sebaik-baik lauk pauk ialah cuka, sebaik-baik lauk pauk ialah cuka."
(Riwayat Muslim)




Makruhnya Makan Sambil Bersandar

Dari Abu Juhaifah yaitu Wahab bin Abdullah r.a., katanya:

"Rasulullah s.a.w.bersabda: "Saya tidak akan makan sambil bersandar."
(Riwayat Bukhari)

Dari Anas r.a., katanya:

"Saya melihat Rasulullah s.a.w. makan kurma sambil duduk berjongkok."
(Riwayat Muslim)

http://ridzuanishak.blogspot.com/p/cara-makan-dan-beberapa-jenis-makanan.html

Tuesday, November 27, 2012

Kehebatan Delima


Siapa yang tidak kenal Buah Delima. Buah Delima dikenali sangat menarik sama ada bentuk,warna kulit mahupun bijinya yang melambangkan kesuburan.Sedangkan intipati buahnya yang berwarna merah dan lazat bagaikan mata air salsabil di syurga. Sesetengah orang menganggapnya lambing kelahiran,kehidupan dan kematian.Kerana biji-biji buah Delima mengandungi air dan dapat mengeluarkan banyak air.

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)
Rasulullah bersabda,
“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”
(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)
Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat)

Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.


Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :
  • Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • Membantu penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Menambah tenaga
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • Mencantikan kulit
Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-
  • Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
  • Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
  • Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .
http://melayukini.net/2012/05/khasiat-buah-delima-menarik/

Kehebatan Buah Tin


Segala apa yang diciptakan dan dikurniakan oleh Allah s.w.t mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri yang kadangkala kita sebagai manusia tidak tahu hikmahnya. 
Banyak diantara kita tidak mengetahui akan keistimewaan yang terdapat pada Buah Tin dan pentingnya untuk kesihatan, mungkin kerana Buah Tin bukan berasal dari negara kita, tetapi dari negara Timur Tengah. Walaupun Buat Tin berasal dari Makkah, Syam, Palestina juga Mesir, tetapi juga diperkenalkan di Italia kurang lebih 2000 tahun yang lalu dimana berkembang dengan cepat melalui Selatan Eropah termasuk Yunani. 
Sampai di dalam Kitab Al-Qur’an juga terdapat surat khusus yang menyatakan tentang Buah Tin dan Zaitun, juga Gunung Tursina dan negeri Makkah yang aman (Al-Qur’an – Surat At-Tiin ayat 1-3). Jika direnungkan, pasti ada hikmah dibalik itu, mengapa Allah SWT telah berfirman dalam Al-Qur’an. Ini mungkin karena khasiat dan keistimewaannya yang tiada bandingnya dengan buah-buahan lainnya.
Menurut Imam Ibnu Al Jawziyyah, Buah Tin memiliki banyak khasiat, diantaranya dapat mengurangi penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, juga pengencer dahak, serta memberi khasiat yang baik pada tubuh, sebagai langkah pencegahan untuk melawan racun di tubuh kita.
Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, ” Sekiranya aku katakan, Sesungguhnya buah yang turun dari Surga maka aku katakan, inilah buahnya (Tiin), sesungguhnya buah surga tiada keraguannya.” (Hadis riwayat Abu Darba; Suyuti)
Seiring dengan hadis tersebut, juga dibuktikan dengan penemuan sains mengenai banyaknya keistimewaan dari sebiji Buah Tin yang jarang diketahui. Buah Tin mempunyai khasiat yang berbeza dengan buah-buahan lain dan mempunyai nilai kesihatan yang tinggi. Selain dari itu, juga bermanfaat sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).
Prof. J. A Vinson dari Universitas Scranton Amerika Serikat telah membuat kajian dan membuktikan bahawa, Buah Tin mengandung khasiat yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan yang lain. Buah Tin tidak mengandung garam, lemak dan kolesterol, tetapi mengandung lebih tinggi kalium, serat dan zat besi. Hasil penelitian dalam 100gram buah Tin, mengandung 20% daripada kebutuhan zat serat harian tubuh kita. Dari jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut. Penelitian menunjukkan, bahawa serat terlarut bisa membantu gula dalam darah dan mengurangi kolesterol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan, manakala serat tidak larut, dapat melindungi dan mencegah kanker usus besar (koion). Makanan yang kaya akan serat mampu mengurangi berat badan, oleh karena itu Buah Tin juga sangat sesuai mengatasi masalah berat badan.
Buah Tin sesuai untuk semua, termasuk anak-anak dan merupakan makanan yang terbaik untuk semua umur, kerana Buah Tin mengandung serat yang tinggi dan manis rasanya. Jadi sangat tepat jika kita mengkonsumsi buah ini, sebagai makanan alternatif kita untuk meningkatkan kesihatan kita sehari-hari di dalam dunia moden ini.
Satu lagi keistimewaan yang terkandung di dalam Buah Tin adalah dapat dipercayai mempunyai bahan yang dapat melawan kanker. Di dalam Buah Tin mengandung “polyphenols” yang tinggi berfungsi sebagai antioksidan yang amat penting bagi tubuh kita, karena dapat berfungsi sebagai free radical dalam tubuh yang menyebabkan kanker. Disamping itu, Buah Tin juga mengandung unsur lain yang menjadi bahan anti kanker, yaitu “benzaldehyde” dan “coumarins”. Benzaldehyde telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor dan “coumarins” adalah untuk merawat kulit dan kanker prostat.
Disamping itu, serat, kalium dan magnesium di dalam Buah Tin dapat mengurangi serangan angin dan mampu mengontrol tekanan darah tinggi. Satu berita baik bagi pengidap penyakit darah tinggi, dengan memakan Buah Tin dijadikan pencegah penyakit tersebut. Untuk penyakit kencing manis, serat yang terdapat di dalam Buah Tin ini dapat memperlahan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan zat yang terkandung dalam Buah Tin yaitu serat yang tinggi dan karbohidrat dalam bentuk yang ringkas, iaitu glukosa dan fruktosa mampu mengontrol kadar gula darah seseorang.
Sehubungan dengan itu, Dr. Oliver Alabaster, yaitu Pengarah Institut Pencegahan Penyakit di George Washington University Medical Centre menyatakan bahwa jika seseorang mengambil Buah Tin, sebenarnya telah mengambil makanan yang menjamin kesehatannya dalam jangka panjang. Maka tidak heranlah jika Buah Tin disebut oleh pakar-pakar makanan pada saat ini sebagai makanan Nutraseutikal (functional food), karena Buah Tin bukan sekedar mengandung zat-zat yang berkhasiat, bahkan lebih dari itu dan bermanfaat sebagai penjaga tubuh dan mampu mencegah serangan penyakit-penyakit tertentu.
Disamping itu, Lembaga Penasehat Buah Tin di California (California Fig Advisory Board) telah mengatakan Buah Tin sebagai “Nature’s most nearly perfect fruit”, yaitu Buah yang hampir mencapai tahap kesempurnaan secara keseluruhan. WaAllahu A’lam Bissawaab
Sumber : Rahsia ke-Istimewa-an di Balik Buah Tin, Norkumala bt Awang – Pegawai Penyelidik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Kehebatan Kismis



FAKTA & KHASIAT KISMIS

Nabi saww bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit
kecuali kematian".

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka
dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan
penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat
menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".

Nabi saww bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat
menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir,
menyehatkan badan, membaguskan rupa, mengua! tkan saraf dan menghilangkan
letih".

Diriwayatkan di dalam Kitab "At-Tib An-Nabawi" (Perubatan Nabi) dalam hadis yang bermaksud;

"Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis), ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut"

Kismis adalah satu "gula-gula" asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang paling berkhasiat di dunia, Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekalkan tubuh badan dengan banyak vitamin dan minerals yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.

Zat besi adalah penting untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksijen ke otak ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik yang kaya dengan agen anti-oksida(anti-penuaan). Kismis mengandungi 70% fruktosa(suatu bentuk gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ianya sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar

http://allahmatlamatku.blogspot.com/2009/03/dalil-dalil-dan-kajian-pemakanan-sunnah.html