Wednesday, April 17, 2013

Minyak Perahan Sejuk - Mengapa ianya Terbaik

Minyak yang melalui proses perahan sejuk adalah terbaik kerana:


  • Mengekalkan kandungan asli
Cara traditional untuk mengeluarkan minyak tumbuhan adalah dengan menggunakan mesin.  Tiada haba tambahan atau pelarut kimia digunakan, jadi, minyak yang terhasil mengekalkan struktur kimianya yang asli.  Minyak-minyak ini adalah dilabel sebagai "perahan sejuk".

  • Tinggi anti-oksidan
Minyak yang melalui proses "Perahan Sejuk" adalah tinggi kandungan anti-oksidannya yang mengekalkan kesegaran minyak itu dan memberi perlindungan kepada kita daripada kerosakan radikal bebas.

  • Bertindak balas dengan haba, cahaya dan udara
Minyak sayuran tidak stabil.  Ia akan bertindak balas dengan haba, cahaya, udara dan bahan kimia yang ia bersentuhan dengan.  Bila ini berlaku, anti-oksidan yang terkandung di dalamnya akan hilang, meninggalkan radikal bebas di tempatnya.  Kita akan dapat minyak yang penuh dengan bahan kimia beracun dan ini berlaku tanpa menjejaskan bau atau rasa minyak itu.
 
  • Perlu pengendalian yang cermat
Jadi, adalah sangat penting untuk menjaga minyak "Perahan Sejuk" dengan betul.  Ianya perlu disimpan dalam bekas yang kedap udara, jauh daripada cahaya dan jauh daripada haba.

  • Tidak bagus untuk dimasak
Sebab itulah minyak jenis ini tidak sesuai untuk dimasak.  Minyak yang melalui perahan sejuk, terutamanya minya zaitun, adalah sesuai diletakkan dalam salad dan sangat bagus pada kulit.  Ia menjadi tidak bagus bila dipanaskan.  Masaklah dengan minyak lain.

  • Lebih banyak proses, lagi rendah kualiti
Lebih banyak minyak dapat dihasilkan jika haba dan bahan kimia digunakan.  Jadi, kebanyakan minyak sayuran tidak dihasilkan menggunakan mesin secara tradisional.  Ianya dihasilkan dengan pelarut kimia.  Kemudian ianya dididihkan untuk mengeluarkan pelarut-pelarut itu, kemudian 'deodorized' dan 'bleached'.  Hasil yang terakhir adalah sangat berbeza daripada sumber aslinya.  Anti-oksidan yang ada telah digantikan dengan radikal bebas, dan trans-fat akan terhasil di dalamnya.

Minyak-minyak ini mungkin berbau manis dan berasa sedap, tetapi sangat jauh beza daripada minyak yang dihasilkan melalui perahan sejuk, dan tidak sesuai untuk badan kita.

http://www.gaelleorganic.com/cold-pressed-oil

0 comments:

Post a Comment