Monday, November 12, 2012

Perahan Sejuk Habbatus Sauda


Sebab kami memilih untuk meningkatkan kualiti minyak habbatus sauda dengan memperkenalkan minyak habbatus sauda emas (gold habbatus sauda). Minyak perahan sejuk adalah yang dihasilkan dengan teknik perahan yang menggunakan teknik kehangatan rendah iaitu 25 darjah celsius. (sedangkan suhu badan manusia ialah 37darjah celsius). Tidak dinafikan sekiranya terdapat elemen panas dalam proses pemerahan, maka minyak yang dihasilkan akan lebih banyak. Bagaimanapun, ciri-ciri rasa, khasiat malahan warna akan berubah. (Goreng/rebus sayur pun,  kita tak goreng lama-lama. Betul tak?
Sebagai contoh, sekiranya 1kg biji habbatus sauda diperah dengan teknik panas, akan dapat menghasilkan di antara 500g-750g minyak habbatus sauda. Berbanding dengan 150g kalau dihasilkan melalui perahan sejuk.
Dan jelas minyak habbatus sauda perahan sejuk dihasilkan dalam bentuk kuning keemasan, berbanding perahan panas yang berwarna gelap. Analogi yang mudah, boleh dilihat pada minyak masak. Semua minyak masak baru akan berwarna kuning keemasan, tapi apabila telah digunakan beberapa kali atau dihangatkan berkali-kali, warnanya akan menjadi gelap. Dan tidak lagi berkhasiat.

minsyam


1 comments:

  1. Habbatus sauda' memang bagus, terutama untuk yang selsema. dia memang memanaskan badan.

    saya juga amal minum yang madu minyak habbatussauda'. bancuh dalam kopi , dan letak juga setengah sudu madu + habbatus sauda' dalam susu anak-anak masa pagi-pagi.

    alhamdulillah. kurang selsema.

    ada kawan pernah sekali, sangat geram anaknya baby dia mula nak selsema. baby dalam umur 4 bulan. lepas tu dia titik kat jari dan calit sikit kat lelangit anak tu. alhamdulillah, esok pagi, dah kering hidungnya. tapi, ini yang baru nak mula selsema lah ya =)

    kalau dah lama selsema, boleh cuba, tapi bukan kesan secepat mungkin. mungkin akan ambik masa seminggu dua minggu.

    habbatus sauda' memang bagus untuk meningkatkan imuniti badan macam madu

    ReplyDelete