Pakej 30 Hari

* 3 pek Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syria GOLD (60 biji)
* 3 pek Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria (60 biji)

Pakej 40 Hari

* 4 pek Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syria GOLD (80 biji)
* 4 pek Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria (80 biji)

Pakej Keluarga

* 1 Kotak - Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syria GOLD (240 biji)
* 1 Kotak - Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria (240 biji)

Olive Lotion

Olive Lotion adalah gabungan di antara minyak zaitun asli dan juga ektrak wangian semulajadi.

Promosi Pakej Keluarga (10 - 17 Disember 2012)

* 1 Kotak - Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syria GOLD (240 biji)
* 1 Kotak - Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria (240 biji)
* 1 Botol Olive Lotion dengan harga istimewa

Habbatus Sauda

Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Minyak Zaitun

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi dan Ibnu Majah).

Selamat datang ke Sunnah Shoppe4u.

Sunnah Shoppe4u adalah jenama kepada syarikat Souqspecial Enterprise yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dengan nombor pendaftaran KC0011187-K.

Kami menjual produk-produk yang berasaskan sunnah.

Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun".

Sama-sama kita ketahui kehebatan pemakanan sunnah serta amalkannya.
Showing posts with label buah tin. Show all posts
Showing posts with label buah tin. Show all posts

Wednesday, June 19, 2013

Ketua Penyelidik Jepun Memeluk Islam

FigDi bawah ini adalah terjemahan dari artikel berbahasa Inggeris di: http://navedz.com/2009/06/24/by-the-fig-and-the-olive-japanese-research-team-president-embrace-islam/

"Demi Tin dan Zaitun..." Presiden Kumpulan Penyelidik Jepun Memeluk Islam

Satu Keajaiban Saintifik Al-Quran

Dr Taha Ibrahim Khalifa, bekas Dekan dan Profesor Medicinal Plants and Drugs Universiti Al-Azhar menceritakan tentang satu keajaiban Al-Quran.

Metallothionein (MT): Suatu bahan yang dihasilkan oleh otak manusia dan binatang dalam kuantiti yang sedikit.  Bahan ini ialah satu protein yang mengandungi Sulfur di mana ianya mudah untuk bergabung dengan zink, besi dan fosforus.  Bahan ini sangat penting kepada badan manusia untuk mengurangkan kolestrol, melakukan proses penghadaman, menguatkan jantung dan mengawal pernafasan.

Penghasilan MT menaik secara perlahan-lahan antara umur 15 hingga 35 tahun.  Kemudian, penghasilannya akan berkurang dan akan berhenti pada umur 60 tahun.  Sebab itu, bukan mudah untuk mendapatkan MT pada manusia, dan kuantiti yang sedikit juga didapati pada binatang.

Maka dengan sebab ini, ramai penyelidik mencarinya pada tumbuh-tumbuhan.  Sekumpulan penyelidik Jepun mencari bahan ajaib ini yang dapat menghilangkan simptom penuaan.  Pasukan tadi hanya menemui bahan ini pada 2 jenis tumbuhan sahaja: buah tin dan zaitun.

Allah yang Maha Besar telah menyebut di dalam kitab suci:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

      "Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang aman.  Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka)."   (Surah Al-Tin 95: 1-5)

Mari kita berfikir sejenak tentang sumpah Allah terhadap buah tin dan zaitun.  Kemudian mari kita cuba kaitkan terus kepada sebaik-baik kejadian iaitu manusia dan kemudian dikembalikan ke tempat yang serendah-rendahnya.

Setelah MT dikeluarkan dari buah tin dan buah zaitun, para saintis mendapati bahawa MT yang didapati dari buah tin dan buah zaitun secara berasingan, tidak memberi manfaat yang dikehendaki.  Namun, manfaatnya hanya dapat dilihat apabila kedua-duanya dicampurkan sekali.  Setelah menyedari tentang hakikat ini, kumpulan penyelidik dari Jepun cuba mencari kadar campuran yang terbaik untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

Didapati kadar campuran yang terbaik ialah 1 bahagian buah tin kepada 7 bahagian buah zaitun!

Dr Taha Ibrahim Khalifa telah mencari dalam Al-Quran dan mendapati bahawa 'At-Tin' telah disebut sekali manakala 'Zaitun' telah disebut 6 kali secara jelas dan sekali secara tersirat pada surah Al-Mu'minun:

        "Dan (Kami juga menumbuhkan untuk kamu) pokok yang asal tumbuhnya di kawasan Gunung Tursina, yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang-orang yang makan." 
  (Surah Al Mu’minun 23:20)

Dr Taha telah menghantar semua maklumat yang telah dikumpul dari Al-Quran kepada pasukan penyelidik Jepun tadi.  Setelah mengesahkan bahawa apa yang dijumpa tadi telahpun disebut dalam Al-Quran 1427 tahun yang lalu, Presiden kepada pasukan penyelidik Jepun tadi telah mengumumkan kemasukkannya kepada Islam dan paten tentang kajian yang dibuat oleh pasukan tadi telah diserahkan kepada Dr Taha Ibrahim Khalifa.
Olive

  "Dia lah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya. Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir."  
(Surah Al Nahl 16:10-11)



* terjemahan adalah dari penulis sendiri, sebarang kesalahan harap dapat ditegur. Terima kasih

Sumber asal:
http://navedz.com/2009/06/24/by-the-fig-and-the-olive-japanese-research-team-president-embrace-islam/

Wednesday, March 6, 2013

Kelebihan Buah Tin



Assalamualaikum semua...

Tadi baca tentang kehebatan buah tin...punya la banyak khasiat.  Patut la...sebabnya...datangnya dari syurga.

Nabi s.a.w. pernah bersabda: Sekiranya aku katakan, Sesungguhnya buah yang turun dari Surga, maka aku katakan, inilah buahnya (Pohon Tin), sesungguhnya buah surga tiada keraguannya.” (Hadis riwayat Abu Darba; Suyuti) .
  1. Kandungan Kalium , Omega 3 dan Omega 6 pada buah Tin /Ara membantu untuk menjaga tekanan darah tinggi dan serangan Jantung koroner.
  2. Buah Tin / Ara kaya serat makanan, yang membuat mereka sangat efektif untuk programnurunan berat badan.( Obesitas ) .
  3. Bahkan daun dari tanaman Tin memiliki sifat penyembuhan. Rebusan daun pohon Tin / ara dapat membantu pesakit diabetes mengurangi jumlah asupan insulin dan infeksi batu Ginjal.
  4. Memakan buah tin / ara dengan rutin dapat membantu mengurangi risiko Kanser Payudara dan Kanser Kolon.
  5. Kandungan Coumarin pada buah Tin , juga dapat mengurangi resiko Kanser Prostate.
  6. Kandungan Kalsium dan Kalium dalam buah Tin / ara mencegah penipisan tulang (Osteoporosis), dan membantu untuk meningkatkan kepadatan tulang. Dalam 100 gram buah Tin mengandung 241mg Kalsium , 2 X  lebih tinggi dari kandungan Kalsium pada susu (118mg per 100 gram).
  7. Tryptophan, dalam buah Tin/ara, membantu tidur yang baik dan membantu menyingkirkan gangguan pesakit yang mengalami sulit  tidur seperti insomnia..
  8. Memakan buah Tin/Ara mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah Anemia.
  9. Kerana efek laksatif, memakan buah Tin,  sangat membantu untuk mengubati pesakit sembelit kronik.
  10. Pemakanan harian buah Tin/ara direndam (2-3 buah ) merupakan ubat yang efektif untuk terapi penyembuhan pesakit buasir.
  11. Serat larut yang terdapat pada buah Tin disebut Pektin, dalam buah Tin membantu dalam mengurangi kolesterol yang merugikan dalam darah.
  12. Bila diterapkan pada kulit, Tin/Ara dipanggang kemudian disapukan pada kulit, ia boleh menyembuhkan radang seperti Abses dan bisul.
  13. Kerana kadar air yang tinggi, tumbukan buah Tin /Ara dan dilulurkan pada kulit, dapat bertindak sebagai pembersih kulit yang sangat baik dan membantu dalam mencegah dan menyembuhkan jerawat.
  14. Buah Tin kaya dengan kalsium dan kalsium alternatif yang sangat baik untuk terapi pengubatan orang-orang yang alergi terhadap produk susu.
  15. Buah Tin kaya akan Phenol dan Benzaldehide alami sebagai Zat Anti Tumor serta dapat membunuh Micro-organisme Pathogen, Jamur dan Virus dalam tubuh manusia.

 http://figstree.blogspot.com/2012/09/tabir-rahasia-manfaat-buah-tin-figsara.html
http://atiezie82.blogspot.com/2012/02/makanan-sunnah-buah-tin-dan-anggur.html

Tuesday, November 27, 2012

Kehebatan Buah Tin


Segala apa yang diciptakan dan dikurniakan oleh Allah s.w.t mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri yang kadangkala kita sebagai manusia tidak tahu hikmahnya. 
Banyak diantara kita tidak mengetahui akan keistimewaan yang terdapat pada Buah Tin dan pentingnya untuk kesihatan, mungkin kerana Buah Tin bukan berasal dari negara kita, tetapi dari negara Timur Tengah. Walaupun Buat Tin berasal dari Makkah, Syam, Palestina juga Mesir, tetapi juga diperkenalkan di Italia kurang lebih 2000 tahun yang lalu dimana berkembang dengan cepat melalui Selatan Eropah termasuk Yunani. 
Sampai di dalam Kitab Al-Qur’an juga terdapat surat khusus yang menyatakan tentang Buah Tin dan Zaitun, juga Gunung Tursina dan negeri Makkah yang aman (Al-Qur’an – Surat At-Tiin ayat 1-3). Jika direnungkan, pasti ada hikmah dibalik itu, mengapa Allah SWT telah berfirman dalam Al-Qur’an. Ini mungkin karena khasiat dan keistimewaannya yang tiada bandingnya dengan buah-buahan lainnya.
Menurut Imam Ibnu Al Jawziyyah, Buah Tin memiliki banyak khasiat, diantaranya dapat mengurangi penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, juga pengencer dahak, serta memberi khasiat yang baik pada tubuh, sebagai langkah pencegahan untuk melawan racun di tubuh kita.
Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, ” Sekiranya aku katakan, Sesungguhnya buah yang turun dari Surga maka aku katakan, inilah buahnya (Tiin), sesungguhnya buah surga tiada keraguannya.” (Hadis riwayat Abu Darba; Suyuti)
Seiring dengan hadis tersebut, juga dibuktikan dengan penemuan sains mengenai banyaknya keistimewaan dari sebiji Buah Tin yang jarang diketahui. Buah Tin mempunyai khasiat yang berbeza dengan buah-buahan lain dan mempunyai nilai kesihatan yang tinggi. Selain dari itu, juga bermanfaat sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).
Prof. J. A Vinson dari Universitas Scranton Amerika Serikat telah membuat kajian dan membuktikan bahawa, Buah Tin mengandung khasiat yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan yang lain. Buah Tin tidak mengandung garam, lemak dan kolesterol, tetapi mengandung lebih tinggi kalium, serat dan zat besi. Hasil penelitian dalam 100gram buah Tin, mengandung 20% daripada kebutuhan zat serat harian tubuh kita. Dari jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut. Penelitian menunjukkan, bahawa serat terlarut bisa membantu gula dalam darah dan mengurangi kolesterol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan, manakala serat tidak larut, dapat melindungi dan mencegah kanker usus besar (koion). Makanan yang kaya akan serat mampu mengurangi berat badan, oleh karena itu Buah Tin juga sangat sesuai mengatasi masalah berat badan.
Buah Tin sesuai untuk semua, termasuk anak-anak dan merupakan makanan yang terbaik untuk semua umur, kerana Buah Tin mengandung serat yang tinggi dan manis rasanya. Jadi sangat tepat jika kita mengkonsumsi buah ini, sebagai makanan alternatif kita untuk meningkatkan kesihatan kita sehari-hari di dalam dunia moden ini.
Satu lagi keistimewaan yang terkandung di dalam Buah Tin adalah dapat dipercayai mempunyai bahan yang dapat melawan kanker. Di dalam Buah Tin mengandung “polyphenols” yang tinggi berfungsi sebagai antioksidan yang amat penting bagi tubuh kita, karena dapat berfungsi sebagai free radical dalam tubuh yang menyebabkan kanker. Disamping itu, Buah Tin juga mengandung unsur lain yang menjadi bahan anti kanker, yaitu “benzaldehyde” dan “coumarins”. Benzaldehyde telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor dan “coumarins” adalah untuk merawat kulit dan kanker prostat.
Disamping itu, serat, kalium dan magnesium di dalam Buah Tin dapat mengurangi serangan angin dan mampu mengontrol tekanan darah tinggi. Satu berita baik bagi pengidap penyakit darah tinggi, dengan memakan Buah Tin dijadikan pencegah penyakit tersebut. Untuk penyakit kencing manis, serat yang terdapat di dalam Buah Tin ini dapat memperlahan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan zat yang terkandung dalam Buah Tin yaitu serat yang tinggi dan karbohidrat dalam bentuk yang ringkas, iaitu glukosa dan fruktosa mampu mengontrol kadar gula darah seseorang.
Sehubungan dengan itu, Dr. Oliver Alabaster, yaitu Pengarah Institut Pencegahan Penyakit di George Washington University Medical Centre menyatakan bahwa jika seseorang mengambil Buah Tin, sebenarnya telah mengambil makanan yang menjamin kesehatannya dalam jangka panjang. Maka tidak heranlah jika Buah Tin disebut oleh pakar-pakar makanan pada saat ini sebagai makanan Nutraseutikal (functional food), karena Buah Tin bukan sekedar mengandung zat-zat yang berkhasiat, bahkan lebih dari itu dan bermanfaat sebagai penjaga tubuh dan mampu mencegah serangan penyakit-penyakit tertentu.
Disamping itu, Lembaga Penasehat Buah Tin di California (California Fig Advisory Board) telah mengatakan Buah Tin sebagai “Nature’s most nearly perfect fruit”, yaitu Buah yang hampir mencapai tahap kesempurnaan secara keseluruhan. WaAllahu A’lam Bissawaab
Sumber : Rahsia ke-Istimewa-an di Balik Buah Tin, Norkumala bt Awang – Pegawai Penyelidik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)