Wednesday, June 19, 2013

Apa itu 'Sunnah'?





Dari Amru bin Auf : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa menghidupkan sunnahku, kemudian (sunnahku tersebut) diamalkan oleh orang lain, maka baginya pahala semisal pahala orang yang mengamalkannya tanpa terkurangi sedikitpun dari pahala-pahala mereka. Barangsiapa berbuat bid’ah, kemudian perbuatannya tersebut diikuti oleh orang lain, maka baginya dosa dan dosa-dosa orang yang melakukannya tanpa terkurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka.” (0174) Sahih Ibnu Majah


Apa yang dimaksudkan dengan 'Sunnah'?
Sebelum kita cerita panjang tentang Sunnah Nabi s.a.w. dan kelebihan mengamalkannya, kita perlu tahu dulu apa yang dimaksudkan dengan 'Sunnah'.

As sunnah mempunyai pelbagai pengertian yang dilihat berdasarkan kaca mata banyak pihak. Walau bagaimanapun, setiap definisi yang diberikan kelihatan tidak banyak bezanya antara satu sama lain.
Dalam buku berjudul Pedoman Muslim terjemahan daripada Minhaajush Shaalihin, ahli hadis melihat sunnah sebagai sesuatu peninggalan Rasulullah sama ada dalam bentuk:- 
  • perkataan
  • ketetapan
  • mahupun sifat-sifat jasmani atau budi pekerti
  • sejarah hidup – sebelum dan sesudah kenabian baginda diangkat Allah.
Sementara bagi ahli usul, as sunnah merupakan sesuatu yg dinukilkan daripada Nabi Muhammad. Ini boleh jadi membabitkan:- 
  • perkataan
  • perbuatan
  • ketetapan
Contoh yang melibatkan perkataan ialah sesuatu yang disabdakan oleh baginda dalam pelbagai bentuk yang berhubung dengan pembinaan hukum. Perbuatan pula adalah seperti perlakuan Rasulullah dalam urusan ibadah seperti solat.
Menurut istilah fikah, as sunnah merupakan sesuatu yang tetap (sah) daripada baginda. Ia bukan fardu dan tidak wajib. Menurut sebahagian daripada ahli fukaha, sunnah adalah mutlak atas sesuatu yang berlawanan dengan bidaah.


4 Keuntungan di Dunia :
  • Dia disayangi orang di dunia
  • Dia ditakuti musuh / syetan
  • Hidup akan diberkahi
  • Agama tidak akan tercemar.

4 Keuntungan di Akhirat :
  • Dikubur kita mengenal wajah Rasulullah saw
  • Rasulullah saw memberisa syafaat pada orang yang selalu hidupkan sunnah
  • Rasulullah saw mengenal kita di padang mahsyar
  • Bertetangga deangan Rasulullah saw

Kelebihan Sunnah :
  • Dalam sunnah ada kejayaan
  • Mempunyai daya kekuatan luar biasa
  • Dapat sifat ikram
  • Sunnah perbuatan kita telah mentauhidkan Allah swt
  • Mempunyai nur ( memberi hidayah pada rang lain )

Justeru, selaku umat Muhammad, Muslim hari ini tidak wajar mensia-siakan sunnah peninggalan baginda. Mengabaikannya tidak lebih daripada suatu kerugian.


http://imanamalsoleh.wordpress.com/2009/10/20/kelebihan-orang-yang-amalkan-sunnah-rasulullah-saw/
http://kartikel.com/news/77699/apa-itu-sunnah-nabi
http://koleksihadisnabi.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment