Monday, November 12, 2012

Khasiat Dan Keistimewaan Minyak Zaitun


"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2).

Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin.


Apa keistimewaan pohon zaitun sehingga dipuji sedemikian di dalam al-quran dan hadith? Minyak Zaitun ini selain rasanya yang lazat dan digunakan oleh manusia selama ribuan tahun, pohon-pohonnya indah dan berumur panjang.Akar-akar pohon zaitun kuat mencengkam ke bumi sehingga nampak seperti berdiri kukuh perkasa. Ini menimbulkan rasa hormat dalam tamadun-tamadun yang menanamnya. Pohon Zaitun menyimpan pelbagai misteri kesihatan yang luar biasa.



Pakar bedah yang menjalankan pembedahan pemindahan jantung yang pertama di dunia, Dr. Christian Barnard menyarankan supaya semua orang belajar bagaimana orang Yunani Crete di kawasan Mediterranean menjaga kesihatan jantung mereka. Menurut Barnard, komuniti ini adalah yang jarang sekali menghidap serangan sakit jantung. Antara alasan yang membuatkan masyarakat Crete ini jarang terkena serangan sakit jantung adalah amalan mereka mengambil minyak zaitun. Minyak yang mengandungi kandungan lemak yang bermutu tinggi.
Andrew Weil,  juga mengaku minyak zaitun adalah minyak yang terbaik daripada semua lemak yang dapat dimakan. Tubuh badan manusia lebih mudah menerima asid lemak yang terkandung di dalam minyak zaitun iaitu asid oleat. Minyak zaitun mengandungi lemak mono tidak tepu. Lemak ini tidak mempengaruhi peningkatan kadar kolesterol dalam darah, kaya dengan vitamin E dan bersifat anti-oksidan. Minyak zaitun juga mengandungi polyphenols yang bersifat anti inflamasi.
Makanan-makanan yang mengandungi anti-oksidan adalah makanan kelas satu dalam dunia kesihatan masa kini. Minyak zaitun mampu melawan radikal bebas dan mencegah banyak penyakit-penyakit degeneratif seperti tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung dan strok, melambatkan proses penuaan, melawan kanser dan alergi.

melayukini.net

3 comments:

  1. Salam. Thanx kak niza for a great sharing.

    kaka sedara saya ajar. sebelum tidur & selepas bangun tidur, amalkan minum sesudu minyak zaitun dan segelas air kosong dibancuh dengn sesudu cuka epal. ustazah saya pun ajar dan amal minum air cuka epal & minyak zaitun. bagus utk orang yang ada high blood pressure.

    lagi satu, kalau tak lalu, boleh juga campur minyak zaitun dalam salad.

    khasiat nya, khasiat cuka epal ialah memudahkan lawas , bantu penghadaman dan menurunkan kolestrol.

    begitu jugak minyak zaitun. menurunkan kolestrol.

    ada staff senior share yang arwah ibunya memang amal sapu minyak zaitun kat kaki dan betis sebelum tidur. hasilnya mcm kaki kurang lenguh.

    minyak zaitun ni ada gred nya. lagi mahal , lagi halus molekulnya, lagi tinggi khasiatnya.
    senior tu cakap lagi, dia penah beli sebotol minyak zaitun yang mahal dan gred tinggi/bagus, sebotol kecik, besar bekas botol esen vanilla, sampai rm80, itu beli kat syria.

    senior tu share lagi (senior ni lelaki), rambut nya tak beruban, sebab dia amal sapu minyak zaitun dari muda.

    ada lagi sorang senior, badannya memang fit,dah pencen pun. dia kata dia memang amal minum minyak zaitun, dan dia kurang makan makanan berminyak terutama dari minyak kelapa sawit. dia kata memang ada beza, perut dia sedikit meragam kalau makan makanan minyak biasa.

    tu lah sikit sharing tak seberapa dari saya :)

    ReplyDelete
  2. owh, satu lagi. kalau tak percaya, cuba sapu minyak zaitun yang bagus gred nya, lepas 5 minit, tangan dan tempat yang disapu tak berminyak sangat.

    sebab apa? sebab molekul kecil dan menyerap dalam kulit terus. tak macam minyak-minyak dan losyen yang kurang kualitinya :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Ummu Fateh for sharing. Moga kita semua dapat mengamalkan pemakanan sunnah.

    ReplyDelete