Assalamualaikum semua...
Kali ini saya nak ubah cara tulis blog ni....nak buat santai-santai supaya boleh ada diskusi dengan pembaca-pembaca budiman sekalian insyaa Allah :)
Jantung merupakan enjin kepada badan kita, kalau sakit jantung, maka sakit jugaklah badan kita, betul tak? Macam kereta....kalau enjin kereta bermasalah, maka ini akan menjejaskan juga prestasi kereta itu.
Jantung diperlukan untuk mengepam darah ke seluruh tubuh manusia sehigga tubuh mendapatkan oksigen dan sari makanan yang diperlukan untuk metabolisme tubuh. Oleh itu, jantung perlu dijaga supaya dapat menjalankan fungsinya dengan baik.
Tahukah anda bahawa Penyakit Jantung adalah antara pembunuh utama di Malaysia?
Antara punca penyakit jantung ialah obesiti, tekanan darah tinggi dan diabetes. Majoritinya, ini membabitkan golongan muda dari seawal usia 24 tahun. 64% pesakit jantung di Malaysia adalah pada lingkungan usia 65 tahun ke bawah dan hanya enam peratus yang berusia 65 tahun ke atas.
Minyak zaitun pernah disebut dalam hadith Rasulullah s.a.w. lebih daripada 1400 tahun yang lalu:
"Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati."
(HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah)
Sayangilah diri kita, keluarga dan rakan taulan. Ubahlah cara makan kita yang kurang sihat kepada yang lebih sihat.
Sekian dulu setakat ni....lain kali kita sambung lain pulak.
wassalamualaikum
http://personafikasisosial.blogspot.com/
http://www.sinarharian.com.my/rencana/sakit-jantung-pembunuh-nombor-1-1.88273
http://www.theborneopost.com/2012/09/19/penyakit-jantung-di-malaysia-semakin-membimbangkan/
http://www.minsyam.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=7&Itemid=14&lang=bm
http://sunnahshoppe4u.blogspot.com/p/minyak-zaitun.html
Mihon share
ReplyDelete