Pakej 30 Hari

* 3 pek Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syria GOLD (60 biji)
* 3 pek Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria (60 biji)

Pakej 40 Hari

* 4 pek Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syria GOLD (80 biji)
* 4 pek Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria (80 biji)

Pakej Keluarga

* 1 Kotak - Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syria GOLD (240 biji)
* 1 Kotak - Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria (240 biji)

Olive Lotion

Olive Lotion adalah gabungan di antara minyak zaitun asli dan juga ektrak wangian semulajadi.

Promosi Pakej Keluarga (10 - 17 Disember 2012)

* 1 Kotak - Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syria GOLD (240 biji)
* 1 Kotak - Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria (240 biji)
* 1 Botol Olive Lotion dengan harga istimewa

Habbatus Sauda

Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Minyak Zaitun

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi dan Ibnu Majah).

Selamat datang ke Sunnah Shoppe4u.

Sunnah Shoppe4u adalah jenama kepada syarikat Souqspecial Enterprise yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dengan nombor pendaftaran KC0011187-K.

Kami menjual produk-produk yang berasaskan sunnah.

Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun".

Sama-sama kita ketahui kehebatan pemakanan sunnah serta amalkannya.
Showing posts with label habbatus sauda. Show all posts
Showing posts with label habbatus sauda. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

Keajaiban Habbatus Sauda

Keajaiban Habbatus Sauda

Rasulullah bersabda : “Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam habbatus sauda’ terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.” (HR. Muslim)

Dari `Aisyah radhiyallahu `anha, Rasulullah bersabda : ” Sesungguhnya Habbatus Sauda’ ini adalah obat dari segala penyakit, kecuali as-Saam”. Aku berkata (Perawi hadits ini, yakni Khalid bin Sa’ad): “apa itu as-Saam?” dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq): “Kematian”. (HR. Bukhari)
Rasulullah bersabda : “Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam habbatus sauda’ terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.” (HR. Muslim)

Dari `Aisyah radhiyallahu `anha, Rasulullah bersabda : ” Sesungguhnya Habbatus Sauda’ ini adalah obat dari segala penyakit, kecuali as-Saam”. Aku berkata (Perawi hadits ini, yakni Khalid bin Sa’ad): “apa itu as-Saam?” dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq): “Kematian”. (HR. Bukhari)

ANTARA KEBAIKANNYA IALAH :

MEMBERI TENAGA - keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk

MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit

ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)

SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi),

ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma

ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil

ANTI ARTHRITIS – lihat Anti Inflamasi

PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan

SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan

ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)

MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan

MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)

MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR) – sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.

MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA

Seperti suplemen lain, habbatus sauda harus diamalkan secara berterusan dalam kehidupan seharian untuk anda mendapatkan kesan yang optimum.

http://ummuaisyah-azharsofi.blogspot.com/2012/10/khasiat-habbatus-sauda.html

Saturday, November 17, 2012

Tindak Balas Habbatus Sauda



Berikut adalah senarai beberapa tindak balas awal yang mungkin berlaku jika mula-mula mengambil Habbatus Sauda :
1. Muntah (Masalah sistem penghadaman)
2. Demam (Masalah usus kecil / besar)
3. Najis berdarah (Masalah anus (lubang dubur) dan buasir)
4. Cirit-birit (Masalah limpa / hati)
5. Berpeluh (pengeluaran haba dalam badan)
6. Sengal bahagian sendi (Masalah urat darah dan reaksi kelebihan asid uric)
7. Sakit Pinggang (Masalah buah pinggang)
8. Sakit tekak / kerongkong (Masalah paru-paru)
9. Kencing berbau (Masalah buah pinggang)
11. Kencing manis bertambah (Masalah hati dan pancreas)
12. Pengeluaran haid berlebihan (Proses perubatan hormon dan masalah limpa)
13. Bertambah selera makan (Proses perubatan kolestrol)
14. Bengkak anggota badan (Masalah buah pinggang)
15. Gatal hidung (Masalah resdung dan alahan)

Monday, November 12, 2012

Perahan Sejuk Habbatus Sauda


Sebab kami memilih untuk meningkatkan kualiti minyak habbatus sauda dengan memperkenalkan minyak habbatus sauda emas (gold habbatus sauda). Minyak perahan sejuk adalah yang dihasilkan dengan teknik perahan yang menggunakan teknik kehangatan rendah iaitu 25 darjah celsius. (sedangkan suhu badan manusia ialah 37darjah celsius). Tidak dinafikan sekiranya terdapat elemen panas dalam proses pemerahan, maka minyak yang dihasilkan akan lebih banyak. Bagaimanapun, ciri-ciri rasa, khasiat malahan warna akan berubah. (Goreng/rebus sayur pun,  kita tak goreng lama-lama. Betul tak?
Sebagai contoh, sekiranya 1kg biji habbatus sauda diperah dengan teknik panas, akan dapat menghasilkan di antara 500g-750g minyak habbatus sauda. Berbanding dengan 150g kalau dihasilkan melalui perahan sejuk.
Dan jelas minyak habbatus sauda perahan sejuk dihasilkan dalam bentuk kuning keemasan, berbanding perahan panas yang berwarna gelap. Analogi yang mudah, boleh dilihat pada minyak masak. Semua minyak masak baru akan berwarna kuning keemasan, tapi apabila telah digunakan beberapa kali atau dihangatkan berkali-kali, warnanya akan menjadi gelap. Dan tidak lagi berkhasiat.

minsyam


Sunday, November 11, 2012

Soalan Lazim Tentang Habbatus Sauda



1)      Adakah ia selamat di makan?
Ia tidak mengandungi sebarang bahan pengawet, perasa tiruan, pewarna tiruan dan campuran bahan kimia, malah ia mengandungi unsur-unsur atau zat-zat yang memang diperlukan oleh tubuh badan manusia.  Ianya selamat untuk dimakan dalam dos yang betul.
 2)      Adakah orang yang sedang berpenyakit boleh mengambilnya?
Ia bukan jenis ubat yang dihasilkan secara kimia.  Ia adalah makanan semulajadi yang mengandungi banyak khasiat, yang dapat membantu proses pemulihan sistem tubuh badan manusia.  Ianya boleh diandaikan seperti pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak mendatangkan mudarat kepada badan manusia.
 3)      Apakah krisis pemulihan?
Ianya merupakan satu tanda bahawa mekasnisma dalam badan telah berfungsi.  Apabila badan telah mempunyai tenaga yang cukup, sel badan akan cuba membuang toksik dan memulih, akibatnya tanda-tanda seperti cirit-birit, demam dan sebagainya muncul.
 4)      Apakah tindakbalas yang biasa berlaku kepada pengamal yang sihat?
Tindak balas adalah berlainan mengikut tahap kesihatan badan individu, jika pengamal itu benar-benar sihat, maka dia mungkin tidak mengalami sebarang symptom ataupun symptom yang kecil sahaja.
 5)      Mengapa pengamal berasa lapar selepas memakan Habbatus Sauda’’?
Enzim dalam Habbatus Sauda’ membantu dalam proses pencernaan, maka perut akan lebih cepat ‘kosong’.  Bila perut kosong kita akan berasa lapar, hakikatnya nutrient yang diperlukan oleh badan sudah cukup.  Tetapi kerana perasaan lapar, kita makan lagi makanan yang berlebihan, akibatnya berat badan akan naik.
 6)      Mengapa kita berasa letih selepas memakan Habbatus Sauda’?
Badan kita sebenarnya mempunyai pH alkali (pH 7.3), tetapi kerana kita telah makan makanan yang berasid dengan berlebihan seperti nasi, daging dan sebagainya, maka badan kita akan mempunyai nilai pH berasid. Habbatus sauda’ ialah makanan alkali.  Oleh itu selepas memakan produk ini, badan kita akan cuba menstabilkan nilai pH dalam badan,akibatnya kita mungkin berasa letih.
7)      Mengapa ada pengamal yang sembelit selepas memakan Habbatus Sauda’?
Ini kemungkinan disebabkan oleh sistem penghadaman yang tidak berkesan mengakibatkan sisa tertinggal dalam usus.  Selepas mengambil produk ini, badan kita cuba membuang sisa dalam usus dan kemungkinan mengakibatkan sembelit bagi jangka masa pendek.
 8)      Mengapa paras glukosa darah meningkat selepas mengambil produk ini?
Habbatus Sauda’ mempunyai mineral yang dapat membantu insulin berfungsi dengan lebih berkesan dan merendahkan paras glukosa dalam darah.  Akan tetapi seperti juga mekanisma badan yang lain, kawalan paras glukosa dalam darah berkait dengan diet dan hormone. Oleh itu pada peringkat awal pengambilan produk, badan akan membuat pemulihan yang akan menyebabkan symptom paras glukosa naik untuk jangka masa singkat.
 9)      Kenapa ada pengamal mengalami sakit di sendi dan asid uric yang lebih tinggi dalam darah selepas pengambilan Habbatus Sauda’?
Sakit sendi  adalah disebabkan oleh asid uric yang terkumpul di bahagian sendi.  Selepas memakan Habbatus Sauda’ sistem pertahanan badan akan meningkat, sel darah putih dalam badan akan cuba membuang asid uric dari sendi yang terkumpul dalam sendi dan mengakibatkan perasaan sakit.  Asid uric dari sendi akan dihantar melalui darah ke ginjal untuk dikumuhkan, maka paras asid  uric dalam darah akan meningkat buat sementara waktu.
 10)   Bolehkah Habbatus Sauda’ diambil bersama ubat?
Boleh, tetapi pastikan Habbatus Sauda’ diambil terlebih dahulu (sebelum makan) dan sekurang-kurangnya 3 jam kemudian (selepas makan) baru ambil ubat.  Elakkan dari makan serentak (pada masa yang sama) kerana ia mungkin menjejaskan khasiat yang terkandung secara semulajadi pada Habbatus Sauda’.


** dipetik dari: http://sixpoint.ws/blackseed.html

Friday, November 9, 2012

Apakah itu Habbatus Sauda?


Daripada Abu Huraira r.a. Nabi s.a.w. bersabda, “Harbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali Al Saam.” Aisyah r.ha. pun bertanya: ” Apakah Al Saam itu?” Jawab Baginda s.a.w. “Mati.” (Riwayat Al-Muslim)
Habbatus Sauda ataupun nama saintifiknya Nigella Sativa, adalah sejenis tumbuhan rerumput kecil yang berbunga secara tahunan. Ia bukanlah satu tumbuhan yang besar yang memerlukan penjagaan yang extensive. Hanya saja Habbatus Sauda tidak tumbuh dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Ini bermakna Habbatus Sauda terpaksa diimpot untuk pasaran tempatan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara Tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika Utara terutama Mesir, di selatan Eropah, di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India. Bagi iklim yang sesuai, ia sangat senang ditanam di laman rumah atau di tepi-tepi jalan.
Ia dipanggil dengan berbagai nama, antaranya:
Black Cummin, Black Seed, Caraway, Love-in-the-mist (English), Jintan Hitam (Malaysia dan Indonesia), Habbatul Barakah (Mesir), Schwarzkummel (German), kalonji (Hindi), Kezah (Hebrew), Charnushka (Russian), çörek otu (Turki), dan lain-lain lagi.
Habbatus Sauda dianggap sebagai phytotherapeutic ( herba perawatan / perubatan ). Walaubagaimanapun bukan semua jenis species boleh digunakan untuk perubatan. Terdapat berbagai species Habbatus Sauda di berbagai negara, antara yang masyhur ialah seperti berikut:
1. Nigella Arvensis
Biji-bijian nya adalah lebih kecil berbanding dengan species lain dan tidak digunakan untuk tujuan perubatan.
2. Nigella Damascena
Yang tersebar luas dan tidak digunakan bagi tujuan perubatan. Ia digunakan dalam landscaping dan pokok hiasan yang cantik bunganya.
3. Nigella Sativa
Jenis yang digunakan untuk tujuan perubatan. Mempunyai biji yang bersaiz lebih besar dan kadar minyak yang lebih tinggi. Tidak semua species Habbatus Sauda’ mempunyai kesan perubatan yang sama. Ada species yang lebih berkesan dari yang lain. Dr. Peter Schleicher menyatakan bahawa Habbatus Sauda’ jenis Kara Siva adalah yang terbaik dari segi kesan penyembuhan dan untuk kesihatan. Ia biasanya ditanam di Syria dan Mesir.
BUNGA CANTIK KEINDAHAN CIPTAAN TUHAN
Habbatus Sauda berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda/ungu dan putih, yang garislintang sekitar 3cm, dan jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Bunga Habbatus Sauda sangat cantik sekali. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji. Oleh sebab ia adalah tumbuhan tahunan maka ia hanya mengeluarkan hasil setahun sekali iaitu sekitar bulan September atau Oktober.
Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50cm dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 mm, sementara jarak di antara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 cm. Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang.




http://www.majalahsains.com/2010/09/habbatus-sauda-bijirin-untuk-kesihatan/
saudacare.com