Pakej 30 Hari

* 3 pek Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syria GOLD (60 biji)
* 3 pek Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria (60 biji)

Pakej 40 Hari

* 4 pek Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syria GOLD (80 biji)
* 4 pek Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria (80 biji)

Pakej Keluarga

* 1 Kotak - Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syria GOLD (240 biji)
* 1 Kotak - Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria (240 biji)

Olive Lotion

Olive Lotion adalah gabungan di antara minyak zaitun asli dan juga ektrak wangian semulajadi.

Promosi Pakej Keluarga (10 - 17 Disember 2012)

* 1 Kotak - Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syria GOLD (240 biji)
* 1 Kotak - Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria (240 biji)
* 1 Botol Olive Lotion dengan harga istimewa

Habbatus Sauda

Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Minyak Zaitun

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi dan Ibnu Majah).

Selamat datang ke Sunnah Shoppe4u.

Sunnah Shoppe4u adalah jenama kepada syarikat Souqspecial Enterprise yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dengan nombor pendaftaran KC0011187-K.

Kami menjual produk-produk yang berasaskan sunnah.

Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun".

Sama-sama kita ketahui kehebatan pemakanan sunnah serta amalkannya.

Wednesday, June 19, 2013

Ketua Penyelidik Jepun Memeluk Islam

FigDi bawah ini adalah terjemahan dari artikel berbahasa Inggeris di: http://navedz.com/2009/06/24/by-the-fig-and-the-olive-japanese-research-team-president-embrace-islam/

"Demi Tin dan Zaitun..." Presiden Kumpulan Penyelidik Jepun Memeluk Islam

Satu Keajaiban Saintifik Al-Quran

Dr Taha Ibrahim Khalifa, bekas Dekan dan Profesor Medicinal Plants and Drugs Universiti Al-Azhar menceritakan tentang satu keajaiban Al-Quran.

Metallothionein (MT): Suatu bahan yang dihasilkan oleh otak manusia dan binatang dalam kuantiti yang sedikit.  Bahan ini ialah satu protein yang mengandungi Sulfur di mana ianya mudah untuk bergabung dengan zink, besi dan fosforus.  Bahan ini sangat penting kepada badan manusia untuk mengurangkan kolestrol, melakukan proses penghadaman, menguatkan jantung dan mengawal pernafasan.

Penghasilan MT menaik secara perlahan-lahan antara umur 15 hingga 35 tahun.  Kemudian, penghasilannya akan berkurang dan akan berhenti pada umur 60 tahun.  Sebab itu, bukan mudah untuk mendapatkan MT pada manusia, dan kuantiti yang sedikit juga didapati pada binatang.

Maka dengan sebab ini, ramai penyelidik mencarinya pada tumbuh-tumbuhan.  Sekumpulan penyelidik Jepun mencari bahan ajaib ini yang dapat menghilangkan simptom penuaan.  Pasukan tadi hanya menemui bahan ini pada 2 jenis tumbuhan sahaja: buah tin dan zaitun.

Allah yang Maha Besar telah menyebut di dalam kitab suci:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

      "Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang aman.  Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka)."   (Surah Al-Tin 95: 1-5)

Mari kita berfikir sejenak tentang sumpah Allah terhadap buah tin dan zaitun.  Kemudian mari kita cuba kaitkan terus kepada sebaik-baik kejadian iaitu manusia dan kemudian dikembalikan ke tempat yang serendah-rendahnya.

Setelah MT dikeluarkan dari buah tin dan buah zaitun, para saintis mendapati bahawa MT yang didapati dari buah tin dan buah zaitun secara berasingan, tidak memberi manfaat yang dikehendaki.  Namun, manfaatnya hanya dapat dilihat apabila kedua-duanya dicampurkan sekali.  Setelah menyedari tentang hakikat ini, kumpulan penyelidik dari Jepun cuba mencari kadar campuran yang terbaik untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

Didapati kadar campuran yang terbaik ialah 1 bahagian buah tin kepada 7 bahagian buah zaitun!

Dr Taha Ibrahim Khalifa telah mencari dalam Al-Quran dan mendapati bahawa 'At-Tin' telah disebut sekali manakala 'Zaitun' telah disebut 6 kali secara jelas dan sekali secara tersirat pada surah Al-Mu'minun:

        "Dan (Kami juga menumbuhkan untuk kamu) pokok yang asal tumbuhnya di kawasan Gunung Tursina, yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang-orang yang makan." 
  (Surah Al Mu’minun 23:20)

Dr Taha telah menghantar semua maklumat yang telah dikumpul dari Al-Quran kepada pasukan penyelidik Jepun tadi.  Setelah mengesahkan bahawa apa yang dijumpa tadi telahpun disebut dalam Al-Quran 1427 tahun yang lalu, Presiden kepada pasukan penyelidik Jepun tadi telah mengumumkan kemasukkannya kepada Islam dan paten tentang kajian yang dibuat oleh pasukan tadi telah diserahkan kepada Dr Taha Ibrahim Khalifa.
Olive

  "Dia lah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya. Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir."  
(Surah Al Nahl 16:10-11)



* terjemahan adalah dari penulis sendiri, sebarang kesalahan harap dapat ditegur. Terima kasih

Sumber asal:
http://navedz.com/2009/06/24/by-the-fig-and-the-olive-japanese-research-team-president-embrace-islam/

Apa itu 'Sunnah'?





Dari Amru bin Auf : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa menghidupkan sunnahku, kemudian (sunnahku tersebut) diamalkan oleh orang lain, maka baginya pahala semisal pahala orang yang mengamalkannya tanpa terkurangi sedikitpun dari pahala-pahala mereka. Barangsiapa berbuat bid’ah, kemudian perbuatannya tersebut diikuti oleh orang lain, maka baginya dosa dan dosa-dosa orang yang melakukannya tanpa terkurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka.” (0174) Sahih Ibnu Majah


Apa yang dimaksudkan dengan 'Sunnah'?
Sebelum kita cerita panjang tentang Sunnah Nabi s.a.w. dan kelebihan mengamalkannya, kita perlu tahu dulu apa yang dimaksudkan dengan 'Sunnah'.

As sunnah mempunyai pelbagai pengertian yang dilihat berdasarkan kaca mata banyak pihak. Walau bagaimanapun, setiap definisi yang diberikan kelihatan tidak banyak bezanya antara satu sama lain.
Dalam buku berjudul Pedoman Muslim terjemahan daripada Minhaajush Shaalihin, ahli hadis melihat sunnah sebagai sesuatu peninggalan Rasulullah sama ada dalam bentuk:- 
  • perkataan
  • ketetapan
  • mahupun sifat-sifat jasmani atau budi pekerti
  • sejarah hidup – sebelum dan sesudah kenabian baginda diangkat Allah.
Sementara bagi ahli usul, as sunnah merupakan sesuatu yg dinukilkan daripada Nabi Muhammad. Ini boleh jadi membabitkan:- 
  • perkataan
  • perbuatan
  • ketetapan
Contoh yang melibatkan perkataan ialah sesuatu yang disabdakan oleh baginda dalam pelbagai bentuk yang berhubung dengan pembinaan hukum. Perbuatan pula adalah seperti perlakuan Rasulullah dalam urusan ibadah seperti solat.
Menurut istilah fikah, as sunnah merupakan sesuatu yang tetap (sah) daripada baginda. Ia bukan fardu dan tidak wajib. Menurut sebahagian daripada ahli fukaha, sunnah adalah mutlak atas sesuatu yang berlawanan dengan bidaah.


4 Keuntungan di Dunia :
  • Dia disayangi orang di dunia
  • Dia ditakuti musuh / syetan
  • Hidup akan diberkahi
  • Agama tidak akan tercemar.

4 Keuntungan di Akhirat :
  • Dikubur kita mengenal wajah Rasulullah saw
  • Rasulullah saw memberisa syafaat pada orang yang selalu hidupkan sunnah
  • Rasulullah saw mengenal kita di padang mahsyar
  • Bertetangga deangan Rasulullah saw

Kelebihan Sunnah :
  • Dalam sunnah ada kejayaan
  • Mempunyai daya kekuatan luar biasa
  • Dapat sifat ikram
  • Sunnah perbuatan kita telah mentauhidkan Allah swt
  • Mempunyai nur ( memberi hidayah pada rang lain )

Justeru, selaku umat Muhammad, Muslim hari ini tidak wajar mensia-siakan sunnah peninggalan baginda. Mengabaikannya tidak lebih daripada suatu kerugian.


http://imanamalsoleh.wordpress.com/2009/10/20/kelebihan-orang-yang-amalkan-sunnah-rasulullah-saw/
http://kartikel.com/news/77699/apa-itu-sunnah-nabi
http://koleksihadisnabi.blogspot.com/