1) Adakah ia selamat di makan?
Ia tidak mengandungi sebarang bahan pengawet, perasa tiruan, pewarna tiruan dan campuran bahan kimia, malah ia mengandungi unsur-unsur atau zat-zat yang memang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Ianya selamat untuk dimakan dalam dos yang betul.
Ia bukan jenis ubat yang dihasilkan secara kimia. Ia adalah makanan semulajadi yang mengandungi banyak khasiat, yang dapat membantu proses pemulihan sistem tubuh badan manusia. Ianya boleh diandaikan seperti pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak mendatangkan mudarat kepada badan manusia.
Ianya merupakan satu tanda bahawa mekasnisma dalam badan telah berfungsi. Apabila badan telah mempunyai tenaga yang cukup, sel badan akan cuba membuang toksik dan memulih, akibatnya tanda-tanda seperti cirit-birit, demam dan sebagainya muncul.
Tindak balas adalah berlainan mengikut tahap kesihatan badan individu, jika pengamal itu benar-benar sihat, maka dia mungkin tidak mengalami sebarang symptom ataupun symptom yang kecil sahaja.
Enzim dalam Habbatus Sauda’ membantu dalam proses pencernaan, maka perut akan lebih cepat ‘kosong’. Bila perut kosong kita akan berasa lapar, hakikatnya nutrient yang diperlukan oleh badan sudah cukup. Tetapi kerana perasaan lapar, kita makan lagi makanan yang berlebihan, akibatnya berat badan akan naik.
Badan kita sebenarnya mempunyai pH alkali (pH 7.3), tetapi kerana kita telah makan makanan yang berasid dengan berlebihan seperti nasi, daging dan sebagainya, maka badan kita akan mempunyai nilai pH berasid. Habbatus sauda’ ialah makanan alkali. Oleh itu selepas memakan produk ini, badan kita akan cuba menstabilkan nilai pH dalam badan,akibatnya kita mungkin berasa letih.
Ini kemungkinan disebabkan oleh sistem penghadaman yang tidak berkesan mengakibatkan sisa tertinggal dalam usus. Selepas mengambil produk ini, badan kita cuba membuang sisa dalam usus dan kemungkinan mengakibatkan sembelit bagi jangka masa pendek.
Habbatus Sauda’ mempunyai mineral yang dapat membantu insulin berfungsi dengan lebih berkesan dan merendahkan paras glukosa dalam darah. Akan tetapi seperti juga mekanisma badan yang lain, kawalan paras glukosa dalam darah berkait dengan diet dan hormone. Oleh itu pada peringkat awal pengambilan produk, badan akan membuat pemulihan yang akan menyebabkan symptom paras glukosa naik untuk jangka masa singkat.
Sakit sendi adalah disebabkan oleh asid uric yang terkumpul di bahagian sendi. Selepas memakan Habbatus Sauda’ sistem pertahanan badan akan meningkat, sel darah putih dalam badan akan cuba membuang asid uric dari sendi yang terkumpul dalam sendi dan mengakibatkan perasaan sakit. Asid uric dari sendi akan dihantar melalui darah ke ginjal untuk dikumuhkan, maka paras asid uric dalam darah akan meningkat buat sementara waktu.
Boleh, tetapi pastikan Habbatus Sauda’ diambil terlebih dahulu (sebelum makan) dan sekurang-kurangnya 3 jam kemudian (selepas makan) baru ambil ubat. Elakkan dari makan serentak (pada masa yang sama) kerana ia mungkin menjejaskan khasiat yang terkandung secara semulajadi pada Habbatus Sauda’.
0 comments:
Post a Comment