Sunday, December 16, 2012

5 Rahsia Kecantikan Menggunakan Minyak Zaitun


Sebagaimana yang kita ketahui, minyak zaitun mempunyai pelbagai kebaikan sama ada untuk kesihatan dalaman mahupun untuk luaran.  Di sini saya nak kongsi beberapa tips kecantikan menggunakan minyak zaitun:

1. Untuk mendapatkan rambut yang lembut dan ikal. Sapu pada rambut setiap malam sebelum tidur.

2. Ubati kulit tangan dan kaki yang kering.  Sapu minyak zaitun pada kaki yang kering dan merekah sebelum tidur.  Untuk kuku yang sihat, rendam kuku dalam minyak zaitun.  Pada kuku yang kesan kekuningan, campur jus lemon pada minyak zaitun dan sapu pada kuku.

3. Mencuci make-up.  Titiskan beberapa titik minyak zaitun pada tangan dan sapukan pada muka untuk dissolvekan make-up, kemudian sapu dengan facial cotton. Lapisan nipis minyak pada muka (mengandungi banyak Vitamin E dan antioksidan) akan melembabkan dan merawat kulit.  Pada waku pagi, sapu sedikit minyak zaitun di bawah bahagian mata yang bengkak, ianya akan hilang sebab minyak zaitun bersifat anti-inflammatory.

4. Melembabkan bibir yang kering.  Sapu minyak zaitun pada bibir, in syaa Allah akan lembab.

5. Membuat mask.  Campurkan minyak zaitun dengan beberapa titis jus lemon, sapu pada muka.  Biarkan untuk beberapa minit, kemudian cucikan dengan air.

wallahua'lam
selamat mencuba :)

http://news.health.com/2012/11/07/5-beauty-secrets-using-olive-oil/
http://www.jpost.com/Health/Article.aspx?id=248514

0 comments:

Post a Comment