Daripada Abu Huraira r.a. Nabi s.a.w. bersabda, “Harbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali Al Saam.” Aisyah r.ha. pun bertanya: ” Apakah Al Saam itu?” Jawab Baginda s.a.w. “Mati.” (Riwayat Al-Muslim)
Habbatus Sauda ataupun nama saintifiknya Nigella Sativa, adalah sejenis tumbuhan rerumput kecil yang berbunga secara tahunan. Ia bukanlah satu tumbuhan yang besar yang memerlukan penjagaan yang extensive. Hanya saja Habbatus Sauda tidak tumbuh dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Ini bermakna Habbatus Sauda terpaksa diimpot untuk pasaran tempatan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara Tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika Utara terutama Mesir, di selatan Eropah, di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India. Bagi iklim yang sesuai, ia sangat senang ditanam di laman rumah atau di tepi-tepi jalan.
Ia dipanggil dengan berbagai nama, antaranya:
Black Cummin, Black Seed, Caraway, Love-in-the-mist (English), Jintan Hitam (Malaysia dan Indonesia), Habbatul Barakah (Mesir), Schwarzkummel (German), kalonji (Hindi), Kezah (Hebrew), Charnushka (Russian), çörek otu (Turki), dan lain-lain lagi.

Habbatus Sauda dianggap sebagai phytotherapeutic ( herba perawatan / perubatan ). Walaubagaimanapun bukan semua jenis species boleh digunakan untuk perubatan. Terdapat berbagai species Habbatus Sauda di berbagai negara, antara yang masyhur ialah seperti berikut:
1. Nigella Arvensis
Biji-bijian nya adalah lebih kecil berbanding dengan species lain dan tidak digunakan untuk tujuan perubatan.
2. Nigella Damascena
Yang tersebar luas dan tidak digunakan bagi tujuan perubatan. Ia digunakan dalam landscaping dan pokok hiasan yang cantik bunganya.
3. Nigella Sativa
Jenis yang digunakan untuk tujuan perubatan. Mempunyai biji yang bersaiz lebih besar dan kadar minyak yang lebih tinggi. Tidak semua species Habbatus Sauda’ mempunyai kesan perubatan yang sama. Ada species yang lebih berkesan dari yang lain. Dr. Peter Schleicher menyatakan bahawa Habbatus Sauda’ jenis Kara Siva adalah yang terbaik dari segi kesan penyembuhan dan untuk kesihatan. Ia biasanya ditanam di Syria dan Mesir.

BUNGA CANTIK KEINDAHAN CIPTAAN TUHAN
Habbatus Sauda berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda/ungu dan putih, yang garislintang sekitar 3cm, dan jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Bunga Habbatus Sauda sangat cantik sekali. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji. Oleh sebab ia adalah tumbuhan tahunan maka ia hanya mengeluarkan hasil setahun sekali iaitu sekitar bulan September atau Oktober.

Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50cm dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 mm, sementara jarak di antara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 cm. Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang.
http://www.majalahsains.com/2010/09/habbatus-sauda-bijirin-untuk-kesihatan/
saudacare.com
0 comments:
Post a Comment